
Berjumpa lagi kawan-kawan. Semalam babah dan mama bawa Ika dan adik makan di restoran Wong Solo kat Pandan Avenue, depan IPK Ampang tu.
Babah memang selalu makan di situ, Ika juga suka..kalau bulan puasa kami sekeluarga selalu juga berbuka kat situ. Kakak tidak ikut kita orang sebab dia nak buat kerja sekolah.
Macam makanan Indonesia ada , babah suka makan ayam bakar, Ika pula suka makan ayam penyek...Ika kongsi makan dengan adik. Mama pula suka makan Ikan keli.
Ika suka datang ke wong Solo kerana makanan nya sedap dan layanan pun bagus!!
Kalau Ika nak bagi bintang, Ika akan bagi 4 bintang!!
2 comments:
wong solo makanan nya dah mahal sekarang. harga dah sama dengan fastfood yang diimport dari barat.
tq, bagi Ika harga masih murah, lagi pun mama yang bayar ha ha ha
Post a Comment