Thursday, May 12, 2011

BANTU MAMA SIAPKAN TEMPAHAN COKLAT.

macam-macam karektar untuk tempahan call/sms 0104263947 - Afiqah.

antara bahan-bahan untuk buat coklat.

Ika sedang tekun, walau pun agak letih tetapi seronok.
ada berbagai karektar menarik... !! bila tenguk rasa sayang pula nak makan.
coklat sedang disiapkan.
coklat karektar ini cuma RM2.00 sebiji. Mama guna coklat yang bermutu sebab tu sedap.

set 9 biji coklat ni, mama jual dalam linkungan harga RM 8.50 sahaja.
macam-macam bentuk ada, semua nya sedap dan murah..!!
coklat 'beruang' kesukaan amylin.
mama sedang masukan coklat yang telah siap dipacking untuk dihantar kepada pelanggan.


Sudah beberapa hari Ika membantu mama untuk siapkan tempahan coklat yang kami terima. Ika juga ada terima tempahan dari rakan sekolah. Mereka kata, mereka suka dengan rasa coklat yang Ika bawa kepada mereka.

Amylin juga bawa coklat itu ke sekolah, dan kawan-kawan Amylin pun kata coklat itu sedap dan suruh bawa lagi.

Hari ini, mama dan Ika ke kedai jual bahan buat kek di Taman Dagang, Ampang. Kami beli bahan-bahan untuk buat tempahan coklat. Kebanyakan tempahan adalah coklat berkarektar seperti karektar Ben 10, Barbie, Snow White dan sekarang ada juga karektar tempatan seperti UpinIpin serta ana muslim.

Ada juga yang menempah coklat untuk dijadikan hadiah sempena hari guru. Harga untuk coklat juga murah. Satu coklat karektar cuma RM 2.00 sahaja. Harga istimewa untuk tempahan lebih dari 50 biji,

Ika seronok bantu mama buat coklat walau pun terasa sikit letih. Semuga tempahan coklat ini akan bertambah setiap hari.



Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu : Belanja Mama dan babah makan Tomyam di Pha Pha Garden.

Selamat hari ini buat mama tersayang..!!
restoran Pha Pha Garden.
kakak sedang melihat menu makanan.
mama dan babah, hanya Allah yang akan membalas jasa mereka.
minuman kat sini memang sedap.
sambal belacan bersama ulam, kegemaran babah.
ikan siakap bersama kerabu mangga ni kesukaan mama.
telur bistik ni kegemaran kakak.
tomyam seafood yang tiada bandingan.
sotong celup tepung bersama sos thai yang sedap.
kakak isi kan tomyam kepada kami semua.
mama makan dengan serius, agak nya nak menghayati kesedapan tom yam.
sedang tekun nak habiskan nasi.
ika juga berposing bersama air bandung.
kakak habiskan air star fruit.
posing selepas makan. Amylin tunjuk tanda "V" sbb dah kenyang agak nya.

Selamat hari ibu kepada mama tercinta, semuga Allah akan memberkati hidup mama.

Sempena hari ibu, Ika , kakak dan amylin telah berpakat untuk belanja mama dan babah makan. Setelah berbincang kami setuju untuk belanja mama dan babah makan kat Pha Pha Garden di Taman Melawati.

Kami sampai kat Pha Pha Garden lebih kurang kul 9 malam, ada ramai orang kat sana.

Setelah ambil tempat duduk, mama oder makanan... mama oder tomyam seafood, ikan siakap bersama kerabu mangga, udang celup tepung yang sedap, telur bistik dan lain-lain.

Babah oder air tembikai gelas besar, kakak minum air star fruit, Ika dan amylin minum sirap bandung dan mama pula air barli... air buah kat situ memang sedap.

Kami makan sambil bercerita. Ika rasa sangat seronok bila lihat mama dan babah makan dengan selera. Selepas makan, Ika, kakak dan amylin pakat kumpul duit utk bayar makanan tersebut.

Walau pun kami keluarkan utk belanja mama dan babah makan, kami rasa sangat gembira. Duit itu kami simpan dari duit belanja sekolah yang babah bagi setiap hari.

Selamat hari Ibu...semuga Allah sahaja yang membalas jasa mama kepada kami...!!

Tuesday, May 3, 2011

TEMPAHAN CHOCOLATE.


BAGI SESIAPE YANG BERMINAT UNTUK ORDER HOME MADE CHOCOLATE BOLEH LA E-MAILKAN IKA KE ALAMAT NIE:- afiqahizzatie@gmail.com ATAU MESEJ KAN JE DEKAT NOM.NIE;- 0136640875.

HOME MADE CHOCOLATE NIE SESUAI UNTUK KAWAN-KAWAN BAGI UNTUK ORANG YG ISTIMEWA. KAWAN - KAWAN BOLEH JUGAK BAGI UNTUK IBU TERSAYANG SEMPENE HARI IBU NANTI.BAGI SIAPE YANG TAK TAU NK BAGI APE UNTUK HARI IBU NANTI BOLEH LA ORDER CHOCOLATE NIE YEA.

HARGA CHOCOLATE AMAT BERPATUTAN DAN KAWAN - KAWAN MESTI BERPUAS HATI. CHOCOLATE NIE 100% DARI DAPUR RUMAH IKA TAU.ADE MACAM - MACAM PERISA DAN PELBAGAI BENTUK YG KAWAN - KAWAN BOLEH ORDER.ADE CHOC OREO,PLAIN CHOC DAN MACAM -MACAM LAGI.

BAGI KAWAN - KAWAN YG NK ORDER PASTIKAN LETAK ALAMAT DAN NAMA.

Wednesday, April 27, 2011

balik kampung 6: NASI KUKUS DAN COLEK SEDAP DI BANDAR KETEREH.

nasi kukus yang sedap... makan bersama kari ayam ...!!
nasi dimasak dalam periuk kukus khas. Sebab itu rasanya lembut dan wangi.
macam-macam lauk ada untuk di makan bersama nasi kukus.
colek kat Ketereh lain dari kat Pantai Cahaya Bulan. kat sini ada popia, cucur dan macam2 ball...!!
makcik tu sedang siapkan colek yang dipesan.
kuah colek sedap dan pekat...!

Nasi kukus sangat terkenal di Kelantan. Banyak kedai nasi kukus ada sekitar Kota Baharu. Babah gan mama pun suka makan nasi kukus. Kat KL pun babah selalu beli nasi kukus kat Setiawangsa dan Pasar Keramat.

Di Kelantan babah bawa kita orang singgah makan kat nasi kukus kat Restoran Kak Nah di bandar Ketereh. Nasi kukus kat situ sedap kerana nasi nya sangat lembut dan harum.

Lauk pun banyak. Ika suka makan nasi kukus gan kari ayam. Selain nasi kukus kat tempat tu juga ada jual colek, tetapi colek nya lain sikit dari yang Ika makan di Pantai Cahaya Bulan. Harga nya juga lebih murah dan juga lebih sedap,

Berselera betul kami makan. Lepas makan nasi kukus kami makan pula colek. Ika suka kuah colek itu. Rasa masam, manis dan pedas. Kalau balik Kelantan lagi. Kami pasti akan singgah lagi kat situ untuk makan nasi kukus dan colek yang lazat.

Monday, April 25, 2011

balik kampung 5: MAKAN SUP TULANG DAGING KAMPUNG DI R&R GUA MUSANG.

sup tulang daging kampung - sedap bila dimakan dengan nasi panas..!!


abang tu sedang ceduk kan sup yang babah oder. Tenguklah besar nya periuk sup tu.

menu lain yang ada kat kedai tu... gulai kawah pun sedap juga.aneka lauk dan ulam yang menyelerakan.
air tuak ada dijual....!!!

sedap nya minum air... hilang dahaga ..!!
mama dan amylin sedang beli makanan untuk makan atas kereta.



Salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga adalah sup, terutama sup tulang. Dan yang paling suka makan sup adalaha babah. Mama selalu masakan sup untuk kami .

Masa balik kampung, babah singgah makan di RR Gua Musang. Salah sebuah kedai kat medan selera RR tu ada jual sup dalam periuk besar. Kat menu nya ada tulis 'sup tulang lembu daging kampung'.

Babah oder sup dengan nasi putih. Selera nampak babah makan. Kata babah sup tu sedap kerana daging nya daging segar. Bau nya juga harum. Harga pun boleh tahan.

Sambil babah makan nasi, kami pula makan makanan yang kami suka. Macam-macam ada jual kat RR tu.

Kat situ juga ada jual air tuak. Tetapi kata babah 'tuak' kat kelantan boleh di minum kerana tidak mabuk. Tuak tu sebenarnya adalah air nira kepala. Kalau bulan puasa banyak dijual kat tepi jalan sebagai juadah berbuka puasa.

Sunday, April 24, 2011

balik kampung4: MAKAN 'CHOLEK' DI PANTAI CAHAYA BULAN.

mama dan Amylin sedang berposing ...kat belakang layang-layang yang dijual.
ramai pengunjung main layang-layang kerana angin tepi pantai sangat kuat.
antara Restoran yang ada kat tepi pantai..!
babah sedang tulis oder.. ngape lak kakak senyum macam kerang busuk pula??

Atuk gan nenek sedang selera makan colek.
makan cuma 2 pinggan harga sudah hampir RM 50. Itu lum masuk air dan makanan lain.


Lepas ronda dan makan-makan di bandar Kota Bharu, babah bawa nenek dan atuk ke Pantai Cahaya Bulan. Kata babah kita kesana untuk makan colek disamping nak merasa angin pantai.

Petang kami ke sana. Angin nya sangat kuat dan ramai kanak-kanak sedang main layang-layang. Ada juga orang jual layang-layang kat situ.

Lepas berada tepi pantai , babah dan mama ajak makan di restoran yang banyak di tepi pantai. Kebanyakan restoran kat situ jual 'colek' , makanan laut dan sup. Ada juga sup gear box.

Kami oder makanan. Cara oder macam kat kopitiam. Masa babah oder air dan makanan lain. Atuk gi pilih colek untuk kita semua. Macam-macam ada. Ada ikan, sotong, udang, keropok , fish ball dan lain-lain lagi.

Kami makan dengan selera. Tetapi harganya agak mahal. Tapi tak mengapalah kerana kami pun jarang-jarang datang makan kat situ.