Tuesday, June 30, 2009

Sedap nya Makan Di Satay Station.


yum..yum..yum sedap nya makan satay di satay station. Selepas balik dari klinik Penawar mama dan babah bawa ika , adik dan kakak makan satay.


Ada satay ayam, satay daging dan mee rebus. Mama oder mee rebus dan babah , ikan, adik dan kakak makan satay.

Secucuk harga 70 sen, dan mee rebus yang mama makan harga RM6. Mama oder 30 cucuk satay dan lepas itu mama tambah lagi 10 cucuk kerana kakak suka makan.
Tempat makan itu adalah di kampung Pandan Dalam dekat sebelah dengan klinik ibu dan anak.

Orang sangat ramai makan di situ. Ika ada tenguk restoran itu masuk dalam jalan-jalan cari makan pada hari ahad lepas
Ika harap mama akan bawa ikan makan lagi kat situ. ,....

Wednesday, June 24, 2009

Amylin Adik yang Saya sayang!


Adik saya bernama Amylin . Dia berumur 5 tahun . Dia bersekolah di Sekolah Tadika Cina Seri Cerdas , Taman Sri Watan Ampang.

Tiap pagi atuk akan ambil adik untuk ke sekolah. Adik sangat petah bercakap tetapi bila di sekolah suara nya susah nak keluar walau pun sepatah.

Cik gu selalu mencabar sesiapa yang boleh buat adik bercakap. Adik cuma srnyum saja kalau ditegur.

Cita-cita adik nak jadi doktor..tetapi selalu liat nak buat kerja sekolah. Babah kata kalau adik tak nak buat kerja sekolah adik akan jadi doktor ayam saja. Adik senyum juga.

Adik pandai di sekolah walau pun perangai dia macm tu. Seronok kalau dengar adik nyanyi lagu cina.

Adik sangat kelakar, saya dan keluarga sangat sayang kepada adik!
Adik rajin-rajin pergi sekolah ya.. nanti adik boleh jadi doktor!!

Saya sayang adik saya!

Tuesday, June 23, 2009

Sekolah Tutup Kerana H1N1.

Dalam surat khabar kata, hari ini 2 lagi sekolah ditutup kerana H1N1 dan sekarang sudah jadi 4 buah yang ditutup. Ika bimbang juga bila penyakit ini semakin banyak kat Malaysia.

tetapi Ika syukur kerana sekolah Ika masih selamat. sekolah Ika masih dibuka seperti biasa. Kalau sekolah Ika tutup macam sekolah yang kena H1N1 tu tentu Ika akan rasa sedih.

Ika seronok datang sekolah untuk belajar. Ika suka cik gu dan kawan-kawan Ika yang baik-baik belaka.

Ika berdoa kepada Allah semuga selamat kan keluarga Ika, sekolah Ika, cikgu Ika dan kawan-kawan Ika dari H1N1.

Otai Burger di Taman Kosas, Ampang.

Hari ini selepas balik kerja mama dan babah saya mengajak saya dan adik saya yang bernama Amylin ke Taman Kosas untuk membeli bunger di satu warung yang bernama Otai Burger.

Mama memesan burger di gerai Otai dan babah bersama adik berada di kereta sambil mendengar lagu dikir barat dari cd .

Mama saya membeli 4 biji buger, 2 burger special dan 2 burger biasa. Burger special harga nya RM4.40 dan burger biasa harga nya RM3.60. Walau pun harga nya lebih mahal dari biasa, tetapi rasa nya sedap!!

Mama kata, semua bahan seperti daging buger, roti dan sos dibuat sendiri oleh Otai Buger.

Malam ini mama tidak masak, kami semua makan burger Otai untuk mengalas perut.

Esok, kalau boleh makan burger mc donald tentu sedap!!

Hari Bapa!!

Bagi saya bapa ada hero dalam hidup saya. Bapa sanggup korban kan diri untuk keselesaan kami sekeluarga. Walau pun bapa bukan seorang yang kaya tetapi bapa selalu cuba untuk bahagiakan kami semua.

Sempena hari bapa ini, saya ingin mengucap kan selamat hari bapa kepada bapa tersayang, budi dan saya bapa akan saya kenang hingga akhir hayat saya.

Bapa , engkau lah hero dalam hidup ku!!

Salam Perkenalan!!

Nama saya Nur Afiqah Izzatie dan sedang belajar dalam darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Bukit Indah Ampang.

Saya suka untuk berkongsi pengalaman saya dengan semua rakan-rakan yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini!!

Kepada sahabat semua saya ucapkan selamat datang ke blog saya , semuga kita semua boleh berkongsi cerita-cerita yang menarik!!