Wednesday, April 27, 2011

balik kampung 6: NASI KUKUS DAN COLEK SEDAP DI BANDAR KETEREH.

nasi kukus yang sedap... makan bersama kari ayam ...!!
nasi dimasak dalam periuk kukus khas. Sebab itu rasanya lembut dan wangi.
macam-macam lauk ada untuk di makan bersama nasi kukus.
colek kat Ketereh lain dari kat Pantai Cahaya Bulan. kat sini ada popia, cucur dan macam2 ball...!!
makcik tu sedang siapkan colek yang dipesan.
kuah colek sedap dan pekat...!

Nasi kukus sangat terkenal di Kelantan. Banyak kedai nasi kukus ada sekitar Kota Baharu. Babah gan mama pun suka makan nasi kukus. Kat KL pun babah selalu beli nasi kukus kat Setiawangsa dan Pasar Keramat.

Di Kelantan babah bawa kita orang singgah makan kat nasi kukus kat Restoran Kak Nah di bandar Ketereh. Nasi kukus kat situ sedap kerana nasi nya sangat lembut dan harum.

Lauk pun banyak. Ika suka makan nasi kukus gan kari ayam. Selain nasi kukus kat tempat tu juga ada jual colek, tetapi colek nya lain sikit dari yang Ika makan di Pantai Cahaya Bulan. Harga nya juga lebih murah dan juga lebih sedap,

Berselera betul kami makan. Lepas makan nasi kukus kami makan pula colek. Ika suka kuah colek itu. Rasa masam, manis dan pedas. Kalau balik Kelantan lagi. Kami pasti akan singgah lagi kat situ untuk makan nasi kukus dan colek yang lazat.

Monday, April 25, 2011

balik kampung 5: MAKAN SUP TULANG DAGING KAMPUNG DI R&R GUA MUSANG.

sup tulang daging kampung - sedap bila dimakan dengan nasi panas..!!


abang tu sedang ceduk kan sup yang babah oder. Tenguklah besar nya periuk sup tu.

menu lain yang ada kat kedai tu... gulai kawah pun sedap juga.aneka lauk dan ulam yang menyelerakan.
air tuak ada dijual....!!!

sedap nya minum air... hilang dahaga ..!!
mama dan amylin sedang beli makanan untuk makan atas kereta.



Salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga adalah sup, terutama sup tulang. Dan yang paling suka makan sup adalaha babah. Mama selalu masakan sup untuk kami .

Masa balik kampung, babah singgah makan di RR Gua Musang. Salah sebuah kedai kat medan selera RR tu ada jual sup dalam periuk besar. Kat menu nya ada tulis 'sup tulang lembu daging kampung'.

Babah oder sup dengan nasi putih. Selera nampak babah makan. Kata babah sup tu sedap kerana daging nya daging segar. Bau nya juga harum. Harga pun boleh tahan.

Sambil babah makan nasi, kami pula makan makanan yang kami suka. Macam-macam ada jual kat RR tu.

Kat situ juga ada jual air tuak. Tetapi kata babah 'tuak' kat kelantan boleh di minum kerana tidak mabuk. Tuak tu sebenarnya adalah air nira kepala. Kalau bulan puasa banyak dijual kat tepi jalan sebagai juadah berbuka puasa.

Sunday, April 24, 2011

balik kampung4: MAKAN 'CHOLEK' DI PANTAI CAHAYA BULAN.

mama dan Amylin sedang berposing ...kat belakang layang-layang yang dijual.
ramai pengunjung main layang-layang kerana angin tepi pantai sangat kuat.
antara Restoran yang ada kat tepi pantai..!
babah sedang tulis oder.. ngape lak kakak senyum macam kerang busuk pula??

Atuk gan nenek sedang selera makan colek.
makan cuma 2 pinggan harga sudah hampir RM 50. Itu lum masuk air dan makanan lain.


Lepas ronda dan makan-makan di bandar Kota Bharu, babah bawa nenek dan atuk ke Pantai Cahaya Bulan. Kata babah kita kesana untuk makan colek disamping nak merasa angin pantai.

Petang kami ke sana. Angin nya sangat kuat dan ramai kanak-kanak sedang main layang-layang. Ada juga orang jual layang-layang kat situ.

Lepas berada tepi pantai , babah dan mama ajak makan di restoran yang banyak di tepi pantai. Kebanyakan restoran kat situ jual 'colek' , makanan laut dan sup. Ada juga sup gear box.

Kami oder makanan. Cara oder macam kat kopitiam. Masa babah oder air dan makanan lain. Atuk gi pilih colek untuk kita semua. Macam-macam ada. Ada ikan, sotong, udang, keropok , fish ball dan lain-lain lagi.

Kami makan dengan selera. Tetapi harganya agak mahal. Tapi tak mengapalah kerana kami pun jarang-jarang datang makan kat situ.

Wednesday, April 20, 2011

balik kampung3: MAKAN NASI ULAM DI RESTORAN CIKGU.

bersama ...Amylin... adik kesayangan Ika.
kakak sedang berposing kat kedai batik di bazar Tengku Anis.
ini lagi satu pose istimewa dari 3 jelitawan yang datang khas dari Ampang..!
sedang memilih cenderahati untuk kawan-kawan dan sepupu di KL
lepas makan pun nak berposing juga
antara laut hidangan... budu dan ikan bakar tu kegemaran babah..!
makan sampai tak sempat nak senyum...!!


Lepas jalan-jalan di KB Mall, kita orang pergi ke pusat Bandar Kota Bharu. Babah kata nak makan nasi ulam kat Kampung Kraftangan di Jalan Hilir Kota.

Kami sampai situ sudah hampir kul 2 petang. Perut pun sudah lapar sangat. Kami masuk ke restoran Cikgu Nasi Ulam. Wah, ramai nya orang. Babah gan mama gi ambil nasi , Ika, kakak dan Amylin tunggu kat meja.

Makanan nya sangat sedap, ada macam-macam lauk. Babah ambil budu. Babah selera makan nasi+budu+ikan bakar. kata babah harga nya murah. Lepas makan kami ke kedai kraf kat sebelah restoran. Ika beli sikit cenderahati utk kawan-kawan dan sepupu.

Lepas itu kita orang jalan-jalan di bazar Tengku Anis yang terletak berhampiran. Ada macam-macam jual kat situ tetapi ruang nya banyak kosong. Cuma kat tingkat bawah je ada orang berniaga.

Ika rasa sangat seronok cuti balik kampung kali ini.

Tuesday, April 19, 2011

balik kampung 2:MINUMAN COOL BLOG YANG COOL..!

Kios Cool Blog yang menjadi tumpuan...!! mama dah pun ada kat barisan depan.
kat mana-mana pun Amylin mesti berposing..!
apa yang Kak long tenguk tu? oder saja lah nanti mama bayar. Mama baru dapat bonus tu.
macam-macam minuman ada, yang paling sy suka adalah ice blanded.

Amylin berposing lagi sekali bersama Cool Blog kesukaan nya.


Ada beberap tempat yang menarik kat sekitar KB. Lepas jalan-jalan kat Pasar wakaf Che Yeh. Babah bawa kita orang ke KB Mall. Besar gak, macam kompleks belibelah kat KL

Sambil ronda-ronda, nampak satu kios jual air nama Cool Blog. Nampak macam sedap. Mama kata dia nak belanja . Kita orang pun oder macam-macam. Mama bayar semua nya.

Ada banyak jenis minuman dan harganya pun murah. Ada milk shake, ice blanded, kopi dan lain-lain lagi.

Kita orang minum dulu sebelum jalan ke tempat lain pula.

Monday, April 18, 2011

Balik Kampung: Mc Donald Wakaf Che Yeh, Iklannya Dalam Tulisan Jawi.

Pintu gerbang masuk ke Pasar Wakaf Che Yeh.
McD wakaf Che Yeh yang unit. Banyak tulisan jawi pada bangunan nya.
sudut hiasan yang unit. Ada ciri-ciri budaya kelantan dalam McD, Wakaf Che Yeh.
Amylin memberi pose istimewa untuk pembaca semua.
seleranya mama makan, tak takut hilang diet ke?


Ika seronok kalau babah bawa kita orang balik kampung di Kota Bharu, Kelantan. Kata babah , babah dilahirkan dan dibesarkan di Wakaf Che Yeh. Tetapi kerana pembangunan keluarga babah telah berpindah ke Tunjung, tidak jauh dari Wakaf Che Yeh.

Wakaf Che Yeh sekarang telah menjadi tempat tumpuan pelancong. Pasar wakaf Che yeh sudah beroperasi 24 jam. Macam-macam ada dijual kat sana.

Ika akan bawa pembaca blog untuk mengikuti perjalanan Ika sepanjang Ika balik kampung. Entri pertama Ika nak cerita tentang Mc Donald di wakaf Che Yeh. Ia sangat unit kerana iklan nya dalam tulisan jawi. Makanan nya sama saja dengan kat KL.