Monday, November 16, 2009

KONSERT TADIKA AMYLIN DI MENARA MPAJ.

konsert amylin akan bermula.
amylin bersama babah sebelum pergi ke konsert.
Huruf condongibubapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
bersedia untuk memberi ucapan..sorang cakap cina , sorang cakap melayu dan sorang cakap english.
murid 6 tahun persembahkan tarian melayu.

amylin (belakang) sedang membuat persembahan.
persembahan kelas amylin pre N5a dengan tarian payung nya!
meriah nya tarian itu.
semua murid 6 tahun menyanyi bersama-sama.
murid 6 tahun menerima sijil.
ika bersama amylin selepas konsert.


pada pagi sabtu lepas , kami sekeluarga telah pergi tenguk Amylin buat konsert sekolah tadika di dewan MPAJ.

Amylin buat pesembahan menari guna payung, seronok tenguk adik Amylin menari. Berani dia kat pentas.

Tadika Amylin bernama Tadika Cerdas Ria. Tadika itu dekat Taman Sri Watan, Ampang. Kat situ Amylin belajar bahasa Cina! dia pandai juga cakap cina sebab sudah 2 tahun belajar di situ.

Ramai ibubapa yang hadir, mereka memberi tepukan gemuruh bila murid-murid buat persembahan.

Monday, November 9, 2009

TOK MEK PERGI MEKAH.

kompleks Tabung Haji Kelana Jaya tempat bakal haji berkumpul sebelum ke tanah suci.

arah ke bilik penginapan Jugra -tempat persinggahan sementara tok mek sebelum ke tanah suci.
bertanya khabar tok mek - babah bersama uncle zamri,untie nor , mama dan tok mek,

tok mek sedang menelefon anak-anak lain yang belum sampai.kefeteria tabung haji yang murah harga makanan nya.tok mek bersama rakan sekampung yang turut pergi haji bersama.suasana dalam kafeteria tabung haji.
posing tok mek...bakal haji dari Tunjung, Kota Baharu, Kelantan.
bermaafan bersama tok mek sebelum kami nak balik rumah-semuga tok mek dapat haji mabrur.celcom sediakan talian khas untuk bakal haji.suasana tempat perjumapaan sedaramara yang sedang berbual dengan bakal haji.beg bakal haji yang dkumpul sebelum dibawa ke mekah.


pada hari ahad yang lepas kami sekeluarga pergi ke Pusat Tabung Haji Kelana Jaya menghantar tok Mek ke Mekah.

Kami sampai pukul 2.30 petang, suasana masik belum sebuk. Tok Mek tinggal di Bilik Jugra sebelum berlepas ke Mekah, ada ramai datang bersama Tok Mek . Semua nya dari Kelantan.

Ika tenguk Tok Mek sangat gembira kerana cita-cita Tok Mek untuk pergi Mekah telah tercapai.

Mama , babah , uncle zamri dan aunti Nor berborak panjang dengan Tok Mek, kami semua doakan Tok Mek akan selamat pergi dan balik dari Mekah.

Sekian cerita Ika , Ika akan sambung lagi cerita kat komplek Tabung Haji ini.

Ika doakan tok mek selamat di sana.

Saturday, November 7, 2009

SAMBUTAN HARI JADI IKA DI RUMAH NENEK!

kek blueberry yang lazat hadiah dari mama!


bersama Amylin, Alisha dan Firdaus posing depan kek.
ika sedang potong kek sambil diperhatin oleh Amylin dan Alysha.Juadah yang lazat hidangan mama dan nenek.
hadiah dari mama..terima kasih mama..Ika sayang mama!

Hari ini Ika sambut hari jadi kali ke dua selepas menyambut bersama mama dan babah di Pizza Hut Setiawangsa pada 5.11.2009 yang lalu. Kita makan pizza yang baru tu..sedap!!

Hari ini mama buat sambutan di rumah nenek pula. Rumah nenek di Pangsapuri Sri Intan, Lembah Jaya Selatan Ampang.

Walau pun sambutan nya sederhana saja tetapi sangat meriah. Ada aunti Umi dan keluarga. ada nenek dan Atuk serta sepupu-sepupu yang lain. Babah tidak ada kerana dia ada urusan penting di luar.

Ika seronok bila semua orang menyanyi lagu happy besday masa Ika tiup lilin, lepas itu Ika potong kek untuk semua orang.

Mama masak laksa utara dan nenek masak keyteow goreng..ramai orang puji kata laksa mama sedap.

Sekian kisah hari jadi Ika...terima kasih mama, terima kasih babah kerana hadiah. Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan kerana hadiah, juga kepada nenek dan atuk . dan sepupu semua.

Wednesday, November 4, 2009

FARA FUAZANA CUTI LAMA KERANA SAKIT LUTUT.

Kak Fara Fauzana sedang tahan sakit lutut ke?mama jumpa kak Fara masa buat rawatan Fasio kat Ampang Putri.
begini lah agak nya sakit lutut kak Fara ...dia cuti sebulan.
ramai gossip kata kak fara cuti lama sebab kawin? kak Fara sakit lutut sebenar nya.
Ika suka kalau kak Fara jadi kawin dengan Ally Iskandar.
Fara selalu bersama ibu tercinta, kak Ampang Putri pun bersama ibu juga.




2-3 hari lepas masa mama pergi buat fasio kat hospital Ampang Putri, Mama kat dia jumpa dengan Fara Fauzana .

Fara Fauzana guna kerusi roda , sebelah kaki dia sakit.. mungkin kak Fara sakit lutut. Patut lah lama dia tidak keluar dalam radio Hot FM.

Ada gossip kata k Fara cuti kawin tetapi rupa-rupa nya dia sakit lutut dan cuti nya sampai sebulan.

Ika doa kan semuga Allah sembuh kan lutut kak Fara cepat-cepat, tak seronok kalau kak Fara tiada di radio.

SEDAP NYA KARI IKAN TONGKOL DAN BENDI YANG IKA TANAM SENDIRI.

bendi yang Ika tanam bersama babah telah berbuah.cili padi juga sudah berbuah, nanti mama boleh buat sambal belacan.Ika sedang memotong bendi untuk dimasak.
Amylin berposing bersama bendi sebelum dimasak.


babah masak kari ikan tongkol bersama bendi...sedap rempah kari babh beli kat kelantan masa balik raya hari tu.


Salah satu hobi Ika adalah bercucuk tanam, Ika cuma tanam dalam pasu dan letak dekat luar rumah. Babah juga tolong Ika tanam.

Benih bendi dan cili padi itu Ika beli di Tesco Ampang. Selapas 1 bulan pokok-pokok itu telah berbuah. Bnedi sudah boleh dipetik tetapi cili belum banyak lagi buah.

Ika telah petik bendi dengan gunting lepas itu babah masak kari bersama ikan tongkol. Kami sekeluarga maka lauk itu untuk makan malam, sangat sedap hingga jilat jari. pandai babah masak kari bendi bersama ikan tonkol.

Bila cili padi sudah boleh dipetik Ika akan suruh mama buat sambal belaca, sambal mama buat sangat sedap.

sekian catatan Ika untuk kali ini.

Monday, November 2, 2009

MAKAN AYAM PENYET DI RESTORAN WONG SOLO

pintu depan wong solo..ayam bakar istimewa..sedap!!
mama belanja makan..terima kasih mama semuga murah rezeki mama.
Amylin suap sup, sedap sup kat sini.
Amylin nak cakap sape tu?? nak cakap babah ek?
sedap nya Amylin makan tempe goreng.
pecel lele adalah kesukaan mama.
Tebalayam bakar pula babh yang oder.
menu nya sedap dan murah.
abang pelayan ini sangat sopan.
Amylin dan Ika sedang pilih makanan pada menu!

Berjumpa lagi kawan-kawan. Semalam babah dan mama bawa Ika dan adik makan di restoran Wong Solo kat Pandan Avenue, depan IPK Ampang tu.

Babah memang selalu makan di situ, Ika juga suka..kalau bulan puasa kami sekeluarga selalu juga berbuka kat situ. Kakak tidak ikut kita orang sebab dia nak buat kerja sekolah.

Macam makanan Indonesia ada , babah suka makan ayam bakar, Ika pula suka makan ayam penyek...Ika kongsi makan dengan adik. Mama pula suka makan Ikan keli.

Ika suka datang ke wong Solo kerana makanan nya sedap dan layanan pun bagus!!

Kalau Ika nak bagi bintang, Ika akan bagi 4 bintang!!