Saturday, November 7, 2009

SAMBUTAN HARI JADI IKA DI RUMAH NENEK!

kek blueberry yang lazat hadiah dari mama!


bersama Amylin, Alisha dan Firdaus posing depan kek.
ika sedang potong kek sambil diperhatin oleh Amylin dan Alysha.Juadah yang lazat hidangan mama dan nenek.
hadiah dari mama..terima kasih mama..Ika sayang mama!

Hari ini Ika sambut hari jadi kali ke dua selepas menyambut bersama mama dan babah di Pizza Hut Setiawangsa pada 5.11.2009 yang lalu. Kita makan pizza yang baru tu..sedap!!

Hari ini mama buat sambutan di rumah nenek pula. Rumah nenek di Pangsapuri Sri Intan, Lembah Jaya Selatan Ampang.

Walau pun sambutan nya sederhana saja tetapi sangat meriah. Ada aunti Umi dan keluarga. ada nenek dan Atuk serta sepupu-sepupu yang lain. Babah tidak ada kerana dia ada urusan penting di luar.

Ika seronok bila semua orang menyanyi lagu happy besday masa Ika tiup lilin, lepas itu Ika potong kek untuk semua orang.

Mama masak laksa utara dan nenek masak keyteow goreng..ramai orang puji kata laksa mama sedap.

Sekian kisah hari jadi Ika...terima kasih mama, terima kasih babah kerana hadiah. Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan kerana hadiah, juga kepada nenek dan atuk . dan sepupu semua.

5 comments:

Anonymous said...

selamat hari lahir Ika semuga berjaya selalu.

Pasar Malam said...

Selamat ulangtahun untuk Ika, babah doa kan agar Ika akan berjaya dalam hidup dan selalu dalam rahmat Allah!!

Nur Afiqah Izzatie Zainudin said...

tq, terima kasih kepada babah dan mama dan nenek serta adik dan kakak kerana hadiah dan mendoakan Ika.

bijan said...

asssalamualikum Ika! sy doa kan Ika panjang umur dan rajin2 lah berblog. Dah 11 tahun sekarang ye?

Kisah Cinta said...

selamat hari jadi Ika. Rajin-rajin berblog. banyak kisah menarik kat sini.