Monday, April 25, 2011

balik kampung 5: MAKAN SUP TULANG DAGING KAMPUNG DI R&R GUA MUSANG.

sup tulang daging kampung - sedap bila dimakan dengan nasi panas..!!


abang tu sedang ceduk kan sup yang babah oder. Tenguklah besar nya periuk sup tu.

menu lain yang ada kat kedai tu... gulai kawah pun sedap juga.aneka lauk dan ulam yang menyelerakan.
air tuak ada dijual....!!!

sedap nya minum air... hilang dahaga ..!!
mama dan amylin sedang beli makanan untuk makan atas kereta.



Salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga adalah sup, terutama sup tulang. Dan yang paling suka makan sup adalaha babah. Mama selalu masakan sup untuk kami .

Masa balik kampung, babah singgah makan di RR Gua Musang. Salah sebuah kedai kat medan selera RR tu ada jual sup dalam periuk besar. Kat menu nya ada tulis 'sup tulang lembu daging kampung'.

Babah oder sup dengan nasi putih. Selera nampak babah makan. Kata babah sup tu sedap kerana daging nya daging segar. Bau nya juga harum. Harga pun boleh tahan.

Sambil babah makan nasi, kami pula makan makanan yang kami suka. Macam-macam ada jual kat RR tu.

Kat situ juga ada jual air tuak. Tetapi kata babah 'tuak' kat kelantan boleh di minum kerana tidak mabuk. Tuak tu sebenarnya adalah air nira kepala. Kalau bulan puasa banyak dijual kat tepi jalan sebagai juadah berbuka puasa.

2 comments:

dhiera said...

rajin berjalan ea ika~

Nur Afiqah Izzatie Zainudin said...

kak dhiera, tq krn komen. Memang hobi ika jalan2 gan makan2...