Tuesday, July 28, 2009

RONDA-RONDA DI PASAR TANI TAMAN DATUK AHMAD RAZALI , AMPANG!

Selepas puas ronda-ronda di Sekolah kakak, mama ajak kakak dan Ika ke Pasar Tani , di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang. Cuma 5 minit naik kereta! Mak Cik yang jual kuih muih melayu senyum saja...macam-macam kuih ada kat situ!!
Belum pun bulan puasa..buah kurma dah banyak dijual...mama tak beli pun!!


kakak jual keropok sedang bungkus jualan nya.

mama sedang membeli keropok...sedap kerokok tu..!! nak lagi mama!!


mama sedang beli kunyit dan sayur-sayuran!! mama kata nak datang beli pohon untuk tanam di halaman rumah, tetapi pak cik yang jual pohon tersebut tidak berniaga hari itu!
macam-macam sayur ada jual kat pasar tani Taman Datuk Ahmad Razali. semua nya segar-segar!!
SEKIAN CATATAN IKA UNTUK KALI INI, JUMPA LAGI KAWAN-KAWAN!






















Saturday, July 25, 2009

KARNIVAL KOKURIKULUM 2009 SMK DATO' AHMAD RAZALI, AMPANG - SEKOLAH KAKAK

BANNER di depan sekolah kakak!
Mama, Ika dan adik nak gi ke sekolah kakak!
mama sedang beli kupon...!
abang tu jual majalah sekolah - Karisma.
Booth Darosa-macam-macam ada!
yum..yum....! sedap nya jambu yang mama beli!
gerai SPR pun ada jugak!
Global Peace Malaysia pun ada buat pemeran!
mama dan Ika tengah beli kuih talam! 4 biji seringgit.
kakak baju hitam tu jerit...laksa!! laksa!!
air apa tu, nampak macam sedap je..!!
kuda pun ada...sape-sape nak naik pun boleh RM4 sahaja!
cowboy malaya ..diangkat turun dari kuda!
apa yang kuda tu bisik kat tuan nya?? agak nya kuda kata dia dah letih!
transformer sedang jual kebab!!
ramai nya orang...gambar ambil dari luar pagar sekolah!

dah puas ronda-ronda kat sekolah kakak...kami balik!

SEKIAN CATATAN IKA UNTUK KALI INI!

Tuesday, July 21, 2009

HAIWAN PERLIHARAAN SAYA:)

adik Amylin seronok berposing bersama mimi dan teck!


adik!!...jangan kasar dengan kura-kura kakak!


inilah mimi..dia baru lepas makan!



kura-kura ika..nama nya teck dan mimi..cute tak?




teck sedang riang berenang!


HAIWAN PELIHARAAN IKA IALAH KURA - KURA. KURA - KURA IKA ADA DUA EKOR JE,LAGI TIGA EKOR DAH MATI. NAMA KURA - KURA IKA IALAH TECK AND MIMI. IKA MINAT BELA KURA - KURA SEJAK TENGOK CERITA WONDERPETS TU.NAMA TECK AND MIMI TU PUN IKA AMBIK DARIPADA CERITA WONDERPETS JUGAK. TECK AND MIMI TU CUTE SANGAT... KALAU KORANG NAK TENGOK KURA - KURA IKA , IKA DAH SEDIAKAN GAMBAR TECK AND MIMI..OK TU JE CERITA PASAL TECK AND MIMI.