Salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga adalah sup, terutama sup tulang. Dan yang paling suka makan sup adalaha babah. Mama selalu masakan sup untuk kami .
Masa balik kampung, babah singgah makan di RR Gua Musang. Salah sebuah kedai kat medan selera RR tu ada jual sup dalam periuk besar. Kat menu nya ada tulis 'sup tulang lembu daging kampung'.
Babah oder sup dengan nasi putih. Selera nampak babah makan. Kata babah sup tu sedap kerana daging nya daging segar. Bau nya juga harum. Harga pun boleh tahan.
Sambil babah makan nasi, kami pula makan makanan yang kami suka. Macam-macam ada jual kat RR tu.
Kat situ juga ada jual air tuak. Tetapi kata babah 'tuak' kat kelantan boleh di minum kerana tidak mabuk. Tuak tu sebenarnya adalah air nira kepala. Kalau bulan puasa banyak dijual kat tepi jalan sebagai juadah berbuka puasa.
2 comments:
rajin berjalan ea ika~
kak dhiera, tq krn komen. Memang hobi ika jalan2 gan makan2...
Post a Comment