antara bahan-bahan untuk buat coklat.
Sudah beberapa hari Ika membantu mama untuk siapkan tempahan coklat yang kami terima. Ika juga ada terima tempahan dari rakan sekolah. Mereka kata, mereka suka dengan rasa coklat yang Ika bawa kepada mereka.
Amylin juga bawa coklat itu ke sekolah, dan kawan-kawan Amylin pun kata coklat itu sedap dan suruh bawa lagi.
Hari ini, mama dan Ika ke kedai jual bahan buat kek di Taman Dagang, Ampang. Kami beli bahan-bahan untuk buat tempahan coklat. Kebanyakan tempahan adalah coklat berkarektar seperti karektar Ben 10, Barbie, Snow White dan sekarang ada juga karektar tempatan seperti UpinIpin serta ana muslim.
Ada juga yang menempah coklat untuk dijadikan hadiah sempena hari guru. Harga untuk coklat juga murah. Satu coklat karektar cuma RM 2.00 sahaja. Harga istimewa untuk tempahan lebih dari 50 biji,
Ika seronok bantu mama buat coklat walau pun terasa sikit letih. Semuga tempahan coklat ini akan bertambah setiap hari.
No comments:
Post a Comment