Monday, November 2, 2009

MAKAN AYAM PENYET DI RESTORAN WONG SOLO

pintu depan wong solo..ayam bakar istimewa..sedap!!
mama belanja makan..terima kasih mama semuga murah rezeki mama.
Amylin suap sup, sedap sup kat sini.
Amylin nak cakap sape tu?? nak cakap babah ek?
sedap nya Amylin makan tempe goreng.
pecel lele adalah kesukaan mama.
Tebalayam bakar pula babh yang oder.
menu nya sedap dan murah.
abang pelayan ini sangat sopan.
Amylin dan Ika sedang pilih makanan pada menu!

Berjumpa lagi kawan-kawan. Semalam babah dan mama bawa Ika dan adik makan di restoran Wong Solo kat Pandan Avenue, depan IPK Ampang tu.

Babah memang selalu makan di situ, Ika juga suka..kalau bulan puasa kami sekeluarga selalu juga berbuka kat situ. Kakak tidak ikut kita orang sebab dia nak buat kerja sekolah.

Macam makanan Indonesia ada , babah suka makan ayam bakar, Ika pula suka makan ayam penyek...Ika kongsi makan dengan adik. Mama pula suka makan Ikan keli.

Ika suka datang ke wong Solo kerana makanan nya sedap dan layanan pun bagus!!

Kalau Ika nak bagi bintang, Ika akan bagi 4 bintang!!

Saturday, October 31, 2009

TUN MAHATHIR IDOLA KU.

kad jemputan kelab Chedet dot Com majlis hari raya bersama Tun M

Huruf condongkad pada yang Tun M sain.

Tun Mahathir adalah idola Ika, babah selalu cerita tentang dia dan jasa-jasa yang Tun Mahathir kepada kita semua.

Masa kecil babah selalu bawa Ika dan kak long ke perhimpunan UMNO. Seronok berada disana. Babah juga bawa Ika masuk ke dewan untuk tenguk orang bersidang. Waktu Tun mahathir berucap orang sangat ramai hingga berdiri. Semua diam dengar dia berucap.

Peristwa yang tak dapat Ika lupa , masa bersalam dengan Tun M pada tahun 2001, masa itu umur Ika 3 tahun. Gambar Ika bersama dengan Tun Mahathir masuk akhbar Sunday Sun dan Utusan Zaman(tulisan jawi) dan juga masuk TV3.

Tun Mahathir adalah idola Ika, Ika rasa sangat bertuah sebab dapat jumpa dengan dia pada malis harai raya KCD baru-baru ini.

Semuga kita berjumpa lagi Tun Mahathir.

Monday, October 26, 2009

SAMBUT HARI RAYA BERSAMA TUN DR MAHATHIR

keratan akhbar yang babah simpan sejak tahun 2001 , hari ini Tun M dah tandadatangan atasnya. Ika bangga!

bergambar sekeluarga bersama Tun M dan Tun Ct Hasmah. Kenangan indah untuk Ika sekeluraga.
babah duduk semeja bersama Tun Mahathir.
Amylin membuat pose istimewa bila diambil gambar

IkA bersama kak long.

Tun Mahathir dan Tun Ct Hasmah, idola Ika.
babah sedang berucap
Tun Mahathir sedang tandatangan buku majlis



Pada 18 Okt 2009, keluarga Ika , mama. kak long dan adik telah pergi ke hotel Putra Kuala Lumpur kerana sambut hari raya bersama Tun Mahathir.

Tun Mahathir adalah idola Ika, Ika sangat gembira kerana boleh bergambar dengan Tun mahathir dan isteri nya. Tun Mahathir juga telah tandatangan pada gambar Ika. Ika merasa sangat gembira.

Kami sekeluarga juga bergambar dengan Tun Mahathir. Babah juga ada berucap dalam majlis itu. Babah Ika adalah setiausaha kepada kelab Chet Det. Com , dia berucap penuh semangat.

Jika dapat jumpa lagi berjumpa dengan Tun mahathir, Ika mesti mahu datang. Tun Mahathir adalah idola Ika.

Sunday, August 16, 2009

WESTERN FOOD MURAH DAN SEDAP DI DELI MUAR , MEDAN SELERA KG PANDAN.


Pada hari ahad lepas babah bawa kami makan di Medan Selera kat kampung Pandan. Medan selera itu terletak di tepi Jalan Besar. Babah bawa kita semua makan di Deli Muar Western Food. Makanan nya murah dan sedap. Sebenar nya hari ini kakak sedang berpuasa ganti, dan babah bawa makan ke sini untuk kakak berbuka kerana kakak mahu makan western food untuk berbuka!
Ini adalah kegemaran Ika...Chiken Chop sizzling..panas!! harga nya cuma RM6.50!

Ini adalah kegemaran babah..nasi goreng black papper chicken chop..harga RM6.50.

ini adalah koew teow kerang ..yang mama oder dari gerai sebelah!
Ika sedang makan sizzing chicken chop sambil diperhatikan oleh kakak. Kakak puasa ganti jadi dia kena tunggu bang mahgrib dulu.
babah berselera makan nasi goreng black papper chicken chop nya!!

adik Amylin tidak sabar untuk ika menyuap ke mulut nya. amylin makan lebih banyak dari ika!
Kakak sedang menunggu masa berbuka...kesian kakak..kena maka akhir sekali...kakak makan sizzling black papper steak..harga nya murah cuma RM7.50 sahaja.
Kepada kawan-kawan yang mahu mencuba western food yang murah dan sedap..boleh lah datang ke Deli Muar!! Ika yakin kawan-kawan akan berpuas hati.

Sekian catatan Ika kali ini.

Tuesday, July 28, 2009

RONDA-RONDA DI PASAR TANI TAMAN DATUK AHMAD RAZALI , AMPANG!

Selepas puas ronda-ronda di Sekolah kakak, mama ajak kakak dan Ika ke Pasar Tani , di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang. Cuma 5 minit naik kereta! Mak Cik yang jual kuih muih melayu senyum saja...macam-macam kuih ada kat situ!!
Belum pun bulan puasa..buah kurma dah banyak dijual...mama tak beli pun!!


kakak jual keropok sedang bungkus jualan nya.

mama sedang membeli keropok...sedap kerokok tu..!! nak lagi mama!!


mama sedang beli kunyit dan sayur-sayuran!! mama kata nak datang beli pohon untuk tanam di halaman rumah, tetapi pak cik yang jual pohon tersebut tidak berniaga hari itu!
macam-macam sayur ada jual kat pasar tani Taman Datuk Ahmad Razali. semua nya segar-segar!!
SEKIAN CATATAN IKA UNTUK KALI INI, JUMPA LAGI KAWAN-KAWAN!






















Saturday, July 25, 2009

KARNIVAL KOKURIKULUM 2009 SMK DATO' AHMAD RAZALI, AMPANG - SEKOLAH KAKAK

BANNER di depan sekolah kakak!
Mama, Ika dan adik nak gi ke sekolah kakak!
mama sedang beli kupon...!
abang tu jual majalah sekolah - Karisma.
Booth Darosa-macam-macam ada!
yum..yum....! sedap nya jambu yang mama beli!
gerai SPR pun ada jugak!
Global Peace Malaysia pun ada buat pemeran!
mama dan Ika tengah beli kuih talam! 4 biji seringgit.
kakak baju hitam tu jerit...laksa!! laksa!!
air apa tu, nampak macam sedap je..!!
kuda pun ada...sape-sape nak naik pun boleh RM4 sahaja!
cowboy malaya ..diangkat turun dari kuda!
apa yang kuda tu bisik kat tuan nya?? agak nya kuda kata dia dah letih!
transformer sedang jual kebab!!
ramai nya orang...gambar ambil dari luar pagar sekolah!

dah puas ronda-ronda kat sekolah kakak...kami balik!

SEKIAN CATATAN IKA UNTUK KALI INI!

Tuesday, July 21, 2009

HAIWAN PERLIHARAAN SAYA:)

adik Amylin seronok berposing bersama mimi dan teck!


adik!!...jangan kasar dengan kura-kura kakak!


inilah mimi..dia baru lepas makan!



kura-kura ika..nama nya teck dan mimi..cute tak?




teck sedang riang berenang!


HAIWAN PELIHARAAN IKA IALAH KURA - KURA. KURA - KURA IKA ADA DUA EKOR JE,LAGI TIGA EKOR DAH MATI. NAMA KURA - KURA IKA IALAH TECK AND MIMI. IKA MINAT BELA KURA - KURA SEJAK TENGOK CERITA WONDERPETS TU.NAMA TECK AND MIMI TU PUN IKA AMBIK DARIPADA CERITA WONDERPETS JUGAK. TECK AND MIMI TU CUTE SANGAT... KALAU KORANG NAK TENGOK KURA - KURA IKA , IKA DAH SEDIAKAN GAMBAR TECK AND MIMI..OK TU JE CERITA PASAL TECK AND MIMI.