Lepas ronda dan makan-makan di bandar Kota Bharu, babah bawa nenek dan atuk ke Pantai Cahaya Bulan. Kata babah kita kesana untuk makan colek disamping nak merasa angin pantai.
Petang kami ke sana. Angin nya sangat kuat dan ramai kanak-kanak sedang main layang-layang. Ada juga orang jual layang-layang kat situ.
Lepas berada tepi pantai , babah dan mama ajak makan di restoran yang banyak di tepi pantai. Kebanyakan restoran kat situ jual 'colek' , makanan laut dan sup. Ada juga sup gear box.
Kami oder makanan. Cara oder macam kat kopitiam. Masa babah oder air dan makanan lain. Atuk gi pilih colek untuk kita semua. Macam-macam ada. Ada ikan, sotong, udang, keropok , fish ball dan lain-lain lagi.
Kami makan dengan selera. Tetapi harganya agak mahal. Tapi tak mengapalah kerana kami pun jarang-jarang datang makan kat situ.
2 comments:
colek kat Kelantan mmg the best! i klu gi sana pun mesti cari colek.
yum yum sedapnya. minta ckit.
Post a Comment