Selamat hari ini buat mama tersayang..!!
restoran Pha Pha Garden.
kakak sedang melihat menu makanan.
mama dan babah, hanya Allah yang akan membalas jasa mereka.
minuman kat sini memang sedap.
sambal belacan bersama ulam, kegemaran babah.
ikan siakap bersama kerabu mangga ni kesukaan mama.
telur bistik ni kegemaran kakak.
tomyam seafood yang tiada bandingan.
sotong celup tepung bersama sos thai yang sedap.
kakak isi kan tomyam kepada kami semua.
mama makan dengan serius, agak nya nak menghayati kesedapan tom yam.
sedang tekun nak habiskan nasi.
ika juga berposing bersama air bandung.
kakak habiskan air star fruit.
posing selepas makan. Amylin tunjuk tanda "V" sbb dah kenyang agak nya.
Selamat hari ibu kepada mama tercinta, semuga Allah akan memberkati hidup mama.
Sempena hari ibu, Ika , kakak dan amylin telah berpakat untuk belanja mama dan babah makan. Setelah berbincang kami setuju untuk belanja mama dan babah makan kat Pha Pha Garden di Taman Melawati.
Kami sampai kat Pha Pha Garden lebih kurang kul 9 malam, ada ramai orang kat sana.
Setelah ambil tempat duduk, mama oder makanan... mama oder tomyam seafood, ikan siakap bersama kerabu mangga, udang celup tepung yang sedap, telur bistik dan lain-lain.
Babah oder air tembikai gelas besar, kakak minum air star fruit, Ika dan amylin minum sirap bandung dan mama pula air barli... air buah kat situ memang sedap.
Kami makan sambil bercerita. Ika rasa sangat seronok bila lihat mama dan babah makan dengan selera. Selepas makan, Ika, kakak dan amylin pakat kumpul duit utk bayar makanan tersebut.
Walau pun kami keluarkan utk belanja mama dan babah makan, kami rasa sangat gembira. Duit itu kami simpan dari duit belanja sekolah yang babah bagi setiap hari.
Selamat hari Ibu...semuga Allah sahaja yang membalas jasa mama kepada kami...!!
1 comment:
terharu baca posting ini.
Post a Comment