Sunday, April 24, 2011

balik kampung4: MAKAN 'CHOLEK' DI PANTAI CAHAYA BULAN.

mama dan Amylin sedang berposing ...kat belakang layang-layang yang dijual.
ramai pengunjung main layang-layang kerana angin tepi pantai sangat kuat.
antara Restoran yang ada kat tepi pantai..!
babah sedang tulis oder.. ngape lak kakak senyum macam kerang busuk pula??

Atuk gan nenek sedang selera makan colek.
makan cuma 2 pinggan harga sudah hampir RM 50. Itu lum masuk air dan makanan lain.


Lepas ronda dan makan-makan di bandar Kota Bharu, babah bawa nenek dan atuk ke Pantai Cahaya Bulan. Kata babah kita kesana untuk makan colek disamping nak merasa angin pantai.

Petang kami ke sana. Angin nya sangat kuat dan ramai kanak-kanak sedang main layang-layang. Ada juga orang jual layang-layang kat situ.

Lepas berada tepi pantai , babah dan mama ajak makan di restoran yang banyak di tepi pantai. Kebanyakan restoran kat situ jual 'colek' , makanan laut dan sup. Ada juga sup gear box.

Kami oder makanan. Cara oder macam kat kopitiam. Masa babah oder air dan makanan lain. Atuk gi pilih colek untuk kita semua. Macam-macam ada. Ada ikan, sotong, udang, keropok , fish ball dan lain-lain lagi.

Kami makan dengan selera. Tetapi harganya agak mahal. Tapi tak mengapalah kerana kami pun jarang-jarang datang makan kat situ.

2 comments:

AnaAniAnu said...

colek kat Kelantan mmg the best! i klu gi sana pun mesti cari colek.

Anonymous said...

yum yum sedapnya. minta ckit.