Sunday, August 16, 2009

WESTERN FOOD MURAH DAN SEDAP DI DELI MUAR , MEDAN SELERA KG PANDAN.


Pada hari ahad lepas babah bawa kami makan di Medan Selera kat kampung Pandan. Medan selera itu terletak di tepi Jalan Besar. Babah bawa kita semua makan di Deli Muar Western Food. Makanan nya murah dan sedap. Sebenar nya hari ini kakak sedang berpuasa ganti, dan babah bawa makan ke sini untuk kakak berbuka kerana kakak mahu makan western food untuk berbuka!
Ini adalah kegemaran Ika...Chiken Chop sizzling..panas!! harga nya cuma RM6.50!

Ini adalah kegemaran babah..nasi goreng black papper chicken chop..harga RM6.50.

ini adalah koew teow kerang ..yang mama oder dari gerai sebelah!
Ika sedang makan sizzing chicken chop sambil diperhatikan oleh kakak. Kakak puasa ganti jadi dia kena tunggu bang mahgrib dulu.
babah berselera makan nasi goreng black papper chicken chop nya!!

adik Amylin tidak sabar untuk ika menyuap ke mulut nya. amylin makan lebih banyak dari ika!
Kakak sedang menunggu masa berbuka...kesian kakak..kena maka akhir sekali...kakak makan sizzling black papper steak..harga nya murah cuma RM7.50 sahaja.
Kepada kawan-kawan yang mahu mencuba western food yang murah dan sedap..boleh lah datang ke Deli Muar!! Ika yakin kawan-kawan akan berpuas hati.

Sekian catatan Ika kali ini.